Showing posts with label Charity/Amal. Show all posts
Showing posts with label Charity/Amal. Show all posts

Monday, March 6, 2017

Tabung Makanan Masjid Al-Falah, Kg Budiman, U14, Meru, Klang

Bismillah.

Seperti kebiasaannya, jadual hujung minggu saya bermula dari Jumaat akan penuh. Penuh dengan aktiviti bersama keluarga. Seringkali saya abaikan keberadaan telefon bimbit saya. Entah di mana letaknya. Adakalanya tidak dihidupkan langsung.

Antara aktiviti terkini yang kami lakukan - mengumpul, membeli dan menghantar barang keperluan harian ke Masjid Al-Falah. Kami bukanlah wakil rasmi masjid berkenaan cuma ingin menyampaikan bantuan kawan-kawan yang mahu memberi.

Saya agak memilih tempat membeli makanan dan keperluan harian ini. Antara ciri pilihan saya:

1) Milik Muslim yang saya kenal peribadinya yang saya tahu siapa yang berkerja dengan mereka.
2) Jenis barangnya dari sumber orang Muslim sendiri dengan niat membantu mereka pula. Antara barang yang saya beli adalah keluaran Peladang. Sudah tentulah hasilnya kembali kepada para peladang yang berkaitan. 
3) Ada resit dengan butiran lengkap sebagai rujukan. Oleh kerana saya menggunakan wang kawan-kawan, sudah tentulah saya perlu mempamirkan butiran kepada mereka. Ini amanah.

Akhirnya saya memilih Bin Waharp's Grocer, milik Telaga Biru, milik Ustaz Zahazan. Pada kedua-dua lawatan adik juruwang bertanya untuk apa. Akak nak berniaga ke? Taklah saya katakan kepadanya. Untuk bagi masjid. Kalau adik nak join sekali jomlah. Manalah tahu dia pun nak tumpang. InsyaAllah segala kebaikan itu tersebar dengan lebih luas.


Pada hari Sabtu, Mastura & kawan-kawan terlebih dahulu ke sini untuk menyusun barang.
   
Tabung Makanan pada 4/3/2017

Tabung Makanan pada 5/3/2017
Tok Siak yang bertanggungjawab menjaga amanah tabung masjid

Semasa di masjid, disapa oleh Tok Siak. Banyak barang yang telah diambil. Betapa cepatnya! Malah sehingga ada yang ambil dan jual. Dikenali melalui CCTV. Nak salahkan pun tak boleh jugak. Tanda berapa ramai yang susah di zaman ini sehingga kesukaran membuatkan mereka melakukan sesuatu di luar batas norma kebiasaan. 

Kita takkan tau apa yang orang alami. So we can't judge!
Sekiranya anda mengenali orang-orang yang memerlukan yang tinggal di sekitar masjid ini, mohon beritahulah dan bantulah mereka. Atau jika anda susah/ditimpa musibah/putus gaji, anda terbaca posting ini, anda malu nak mintak tolong pergilah ke masjid ini. Dari anda memohon pinjaman, lebih baik anda dapatkan bahan makanan dan keperluan di tempat yang sepatutnya.

Saya juga ingin berterima kasih kepada kawan-kawan saya yang baik hati dan budiman. Mudahan kalian murah rezeki, dilapangkan dan dipermudahkan segala urusan, amiin. Terima kasih kerana melalui kalian juga, saya dapat membantu dan melatih pula hati anak-anak saya. Saya cukup-cukup hargai!

Wednesday, July 9, 2014

Senarai Program Ramadan 1435H/2014 Oleh Healthy Living & Lifestyle

Bismillah.

"Sedekah Yang Paling Utama Adalah Di Bulan RAMADAN" - Riwayat at-Tirmizi
[Surah Al-Baqarah Ayat-261] :
Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah) Allah akan melipat gandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.

Berikut adalah senarai Program Ramadan 1435H/2014 dianjurkan oleh Healthy Living & Lifestyle.

Penyenaraian ini dibuat berasaskan kepentingan umum kerana ia telah disertai oleh sahabat-sahabat alam maya kami. Pemberitahuan tentang jumlah kutipan, senarai peserta, proses, tahap dan penyampaian sumbangan perlu diuarkan bagi mengelakkan kekeliruan di masa akan datang. InsyaAllah.



Program Ramadan I


Projek : Kerusi Sudut Untuk Warga Istimewa
Unit kerusi : 7 buah
Sumbangan minima setiap peserta : RM50 sahaja
Jumlah peserta : 28 orang
Status program : Ditutup. Sumbangan telah disalurkan kepada pembekal kerusi berkenaan. Masih menunggu kerusi dibeli dan diedarkan.




Program Ramadan II


Projek : Sehelai Baju Buat Menyapu Si Air Mata
Sumbangan minima setiap peserta : Tidak dinyatakan
Jumlah peserta : Tidak dinyatakan
Status program : Masih berjalan (tempoh kempen kini - 18 Julai 2014). Sila maklum untuk membuat pengeposan lebih awal bagi memastikan baju-baju ini sempat sampai kepada penerima terlibat.

Syarat program :

[Bagaimana Kempen Ini Berjalan]
Kami akan membantu mengumpul dan menghantar baju-baju raya ke pusat pengumpulan di Seksyen 7, Shah Alam selewat-lewatnya hari Sabtu 19 Julai 2014.

Hasil dari sumbangan tersebut akan disaring dan diserah ke Anak-Anak Yatim berdasarkan bilangan dan saiz pakaian.

[Saiz Pakaian]
Golongan sasaran adalah Anak Yatim dan Anak Fakir Miskin dalam lingkungan umur bawah 18 tahun (antara umur 1 -18 Tahun).

Untuk makluman, hanya sumbangan Baju Melayu (Baru) dan Baju Kurung (Baru) sahaja yang diterima.

Kami TIDAK MENERIMA PAKAIAN TERPAKAI kerana program ini adalah untuk sumbangan Baju Raya sempena Hari Raya Aidil Fitri.

[Alamat pengeposan/penghantaran]
Sama ada ke rumah saya atau pejabat suami.



Antara baju-baju yang telah disumbangkan





Program Ramadan III

Projek : Tajaan Pakej Emas Sahur/Iftar Aman Palestin (RM300)
Sumbangan minima setiap peserta : RM50 sahaja
Jumlah peserta setakat ini : 13 orang
Status program : Masih dibuka.
Info program : 

Bagaimana ia boleh dijalankan? Saya boleh jadi pengumpul derma. Cukup RM300/RM600/RM900 dan seterusnya saya akan transfer dan inform Aman Palestin. Dan saya akan upload bukti pemindahan wang tersebut. InsyaAllah.

Pun begitu jika mahu melakukannya sendiri, tuan dan puan boleh transfer sendiri ke akaun-akaun tertera:

Pakej Emas:RM300
(sahur & berbuka puasa)

Pakej Perak:RM200
(anak yatim & keluarga miskin)

Pakej Gangsa:RM100
(wakaf tunai Palestin)

Akaun-Akaun Aman Palestin Berhad
BIslam:12029010047880
Maybank:562263010787
CIMB: 8600460353
BMuamalat:12070005133717
RHB Bank:21245760004907
Bank Rakyat: 220806195922

Penting!!!
Message/Wassap/Email Slip Sumbangan Dari Bank Kepada Pengurus Seperti Berikut Untuk Tujuan Rekod Pengelasan Pakej Dan Dana.Like Fb Untuk Mengikuti Terawih Imam Gaza dan Iftar Amal.

No: 013-4544015 (Mior)
No: 013-5950024(Hasnol)
amanpalestinperlis@gmail.com

No:017-3663063 (Nazmi)
amanpalestinkedah@gmail.com

No:019-5235592 (Budi)
amanpalestinpp@gmail.com

No:019-5745334 (Amin)
amanpalestinperak@yahoo.com

No:013-9811406 (Rahimi)
No:011-19827080(Syamizan)
ap.kemaman@gmail.com

No:019--9131535 (Siroj)
No:012-3862742 (Kamarol)
amanpalestinterengganu@yahoo.com

No:013-9841967 (Salmi)
ap_kelantan@yahoo.com

No:013-9315465 (Sabri)
No:014-8241732 (Hilmi)
amanpalestinpahang@yahoo.com

No:0179684293
No:0135117091 (Akib)
damansara@amanpalestin@gmail.com

No:013-351 3040(Farhan)
No:014-5578414 (Taqiyuddin)
shahalam@amanpalestin.net

No:013-5133315(Azlan)
amanpalestinmelaka@yahoo.com.my

No:013-6391003(Isfahmi)
No:017-5748025(Mabrur)
amanpalestin.negerisembilan@yahoo.com

No:018-7910651(Ahmady)
No:012-7492400 (Syafiq)
amanpalestinjohor@gmail.com

No:019-3127573 (Shahir)
amanpalestin.labuan@gmail.com

No:019-8852165 (Jumriati)
No:013-8062506 (Nurti)
No:014-5696826(Hasan)
amanpalestin.sabah@gmail.com

No:019-4991610 (Zainizam)
No:0199955251 (Ayu)
sarawak@amanpalestin.net

Program Ramadan IV


Projek : Program duit raya dan beg hadiah Rumah Aman II, SBCR, Sg Buloh.

Jumlah penerima : 36 orang anak yatim dan miskin
Sumbangan minima setiap peserta : RM50 sahaja/bahan-bahan yang sesuai untuk diisi di dalam beg hadiah seperti coklat, biskut, dll
Status program : Masih dibuka.
Tarikh tutup penyertaan : 27 Julai 2014.




Program Ramadan V


Projek : Memberi makanan tambahan dan barang keperluan harian kepada Rumah Aman II, SBCR, Sg Buloh.
Jumlah penerima : 36 orang anak yatim dan miskin
Sumbangan minima : tidak dinyatakan
Status program : Terbuka untuk penyertaan sepanjang tahun. Boleh dibeli dengan menekan button eSell di bawah ini. Sila inbox kami untuk alamat pengeposan.

Untuk maklumat lanjut tentang program-program dinyatakan, anda boleh hubungi kami di nombor dan cara tertera di bawah:

Facebook : Sue Aleen (inbox)
SMS/Whatsapp Only : +6011-23203480
Email : suealeen@gmail.com