Showing posts with label Kesihatan. Show all posts
Showing posts with label Kesihatan. Show all posts

Thursday, October 12, 2017

Kesihatan Mental : Hari Kesihatan Mental 2017 (10 Oktober 2017)

Bismillah.

Status ini diambil dari status Facebook saya bertarikh 10 Oktober 2017.

[KESIHATAN MENTAL]

Antara tajuk berita:

5 Oktober 2017 - Maut Dipukul Lelaki Mental
12 Ogos 2017 - Anak Masalah Mental Dipercayai Bunuh Ibu 
16 Oktober 2016 - Bunuh Diri Boleh Dielakkan

Macam-macam lagi berita keluar akhir ini termasuk kes buli, kes bakar anak-anak Tahfiz, kes tetak sampai mati, dll. Kesemuanya kes saya percaya berasal dari fikiran yang kurang sihat.

Punca:
1) Pegang agama goyah/longgar/tiada langsung
2) Tekanan sara hidup
3) Dengki, khianat dan hilang amanah
4) Ada simptom-simptom sakit mental seperti tekanan perasaan tetapi tidak diendahkan
5) Tidak meluahkan perasaan pada orang terdekat
6) Tidak dipedulikan. Penolakan & diskriminasi. Terutamanya bila mahu meluahkan perasaan.

Dikatakan; 


"Mengada"
"Perkara kecik je, orang lain punya masalah lagi besar"
"Macam la kau sorang je ada masalah"
"Aku dulu ada masalah macam kau, tapi tak hadap macam kau ni pun".

Pehtu paling best sekali, tup tup kena kata pulak kat belakang kan.. biasa dengar? Biasa buat? Huhu...

Solusi:

1) Balik pada agama. Dan ia bukan hanya boleh dilakukan seorang diri. Perlukan bimbingan. Namun masyarakat juga ada silapnya di sini. Bila nak kembali beragama, pandang serong/jelek pulak... "Elehhh.. kau ni bajet baik je".

2) Cari punca pendapatan lain. Mai join YL *eh ambik kesempatan plak ni.. agagaga*

3) Penyakit hati ni ubatnya zikir, bergaul dengan orang yang baik-baik, ubah cara melihat kehidupan. Dengan izin Allah, bila kita nampak yang baik, kita akan fikir yang baik saja.

4) Jangan menidakkan perasaan sendiri. Ini langkah pertama untuk menghadapi masalah emosi dan mental sendiri. Dapatkan bantuan dan khidmat nasihat. #YLEO pun ada yang boleh membantu tau.

Korang jangan la asyik pentingkan orang lain. Kena hargai diri sendiri juga. Kalau mental kita sakit, ia akan beri kesan pada orang sekeliling kita juga. Mental sakit akan terpancar melalui tindakbalas emosi kita pada orang lain. Kita marah, kita sedih, yang terdekat dengan kita akan jadi mangsa. Naik suara, anak kita rakam apa yang kita kata pada dia.. Kena ingat tu!

5) Cari orang kepercayaan. Saya tahu bukan mudah untuk meluahkan. Terutamanya jika pernah melalui satu fasa bila mana kita terlalu percaya pada seseorang atau dua-tiga orang, depa tikam kita dari belakang tepi kanan atas bawah. Tapi tak luah pun masalah juga. Luah pada kucing aci tak?

6) Bila kawan kita datang pada kita ceritakan masalahnya atau berkongsi biasa-biasa saja pun, jangan la terus tolak. Dengarlah dan tolonglah simpan rahsianya baik-baik. Jangan menilai dan menghukum pula. Kita takkan tahu apa masalah yang dihadapinya hari itu. Mungkin dia telah lalui isu yang bertimpa-timpa. Wallahu'alam. Jangan pula kita pergi screenshot perbualan dengan dia dan sebarkan pada orang lain. 

Jadilah pendengar dan penyimpan rahsia yang baik dan dipercayai.

Antara EO yang boleh menyokong emosi anda, ada banyak, ini sebahagian sahaja:


Suealeen
YoungLiving Distributor

Monday, February 20, 2017

Minyak Pati Young Living : Set Pengurusan Tekanan/Stress


Bismillah.

Ini adalah merupakan set yang dicadangkan untuk pengurusan tekanan/stress dari Essential Oil Pocket Reference, muka surat 219.

Cadangan disenaraikan dalam susunan paling utama: 

Lemon 
Orange 
Rosemary 
Joy 
Peace & calming 

Tapi bergantung kepada badan juga serta tahap tekanan yang dihadapi. Setiap badan berbeza dan unik. Tekanan perlu ditangani sebaiknya kerana setiap emosi negatif akan memberi kesan kepada organ manusia. Bila kesan ini mencapai kemuncaknya, manusia akan mudah jatuh sakit. 

Berbalik kepasa minyak pati tadi, setiap botol tersebut bukan hanya untuk satu isu saja. Boleh digunakan untuk pelbagai isu lain. Jadi jika anda dapat sebotol pun cukuplah untuk anda bersyukur kerana dari yang sebotol tersebut anda boleh dapatkan manfaat yang lain.

Kalau ikutkan set di dalam gambar, kegunaan lain adalah:

Lemon - masalah peredaran darah, obesiti, parasit, UTI, varicose vein, serangan kebimbangan/anxiety, membantu pertingkatkan daya ingatan (ini adalah kegemaran salah seorang anak saya iaitu Zaid. Ada cerita menarik mengenai Lemon & Zaid ini yang akan diceritakan kemudian). 

Orange - tekanan darah tinggi, insomnia, garis kedutan. 

Rosemary - kehilangan rambut, memori. Kajian saintis Universiti Miami mendapati bahawa menghidu rosemary membantu mengurangkan perasaan berdebar, kewaspadaan dan menguatkan ketelitian mental. 

Joy - bermaksud kegembiraan. Saya selalu cadangkan ini untuk siapa yang ada anak kecil. Yang suka berebut barang, yang ada isu macam takut mahu ke sekolah, yang sukar bangun tidur, yang ada isu cemburu dengan adik-beradik, mengurangkan kesedihan dan macam-macam lagi. 

Peace & Calming II - Peace & Calming ada 2 versi. Versi I mempunyai Blue Tansy, versi II tiada Blue Tansy namun ada tambahan dan campuran minyak pati yang lain. Kedua-duanya untuk fungsi yang sama, cuma dengan bau yang sedikit berbeza. Kenapa ada 2 versi? Versi I sering juga tiada stok kerana kesukaran mendapatkan Blue Tansy. Stoknya baru saja kembali. Kebiasaannya saya gunakan Peace & Calming untuk meredakan keaktifan anak-anak saya. Mewujudkan rasa mahu santai-santai sahaja dalam perasaan mereka.

Set ini melayakkan anda menjadi ahli secara automatik dengan nilai di bawah RM500. Setiap keahlian, baru, anda akan dapat Basic Starter Kit secara percuma. Di dalamnya ada sebotol Stress Away 5 ml, sampel Slique Oolong Tea, sampel minyak, Slique Bar, kad perniagaan, USB, botol sampel 2 ml. Dengan menjadi ahli, anda layak mendapat harga ahli 24% jauh lebih murah dari belian runcit, layak mendapat point dan produk Young Living boleh ditebus melalui point tersebut. Banyak lagi ganjaran menarik, lanjut anda boleh hubungi saya, Sue di +601123203480.

Ada antara kita yang tidak perasan hidup kita dalam tekanan. Selalu sahaja bila ada tanda/isyarat badan yang berlaku, kita abaikan. Dengar dan sensitif kepada keperluan badan kita, luangkan masa untuk diri dan berilah ganjaran sewajarnya buat diri kita sendiri.

Sunday, February 19, 2017

Pengawalan Berat Badan : Tips Minum Air Kosong Mengikut Berat Yang Sesuai


Bismillah.

Berapa banyak air yang sepatut kita minum setiap hari?

Setiap hari kita kehilangan air melalui nafas, peluh, air kencing dan pergerakan usus. Untuk membolehkan badan kita terus berfungsi dengan betul, kita perlu mengimbangkan bekalan air kita dengan memakan makanan dan minuman yang mengandungi air.

Dr Robert Young, seorang pengarang buku-buku perubatan alternatif yang menggalakkan pemakanan alkali, mencadangkan bahawa kita harus minum 1 liter air untuk setiap berat badan 50lb atau 22.7kg. Beliau mengkhususkan bahawa air di sini tidak termasuk kopi atau minuman ringan.

Makna kata air kosong sahaja. 

Masa suami saya bermula dengan program diet, beratnya 96.8 kg, maka air kosong yang sesuai untuk berat badannya adalah lebih kurang 4.3 liter.

Bagaimanakah untuk anda minum berbotol air sehari?

Ambil pet bottle, contoh macam botol Spritzer 600 ml x 7 = 4.2 l (atau memana botol yang BPA free, DEHP free, botol kaca adalah lebih baik, dll). Isi air kosong. Letak atas meja, di pantry, di ruangan dapur, di tempat kerja. Jika anda berada di tempat kerja, susun sahaja botol berkenaan di atas meja.

Jika rasa 'lapar' minum saja di antara waktu bekerja. Selalunya kalau rasa lapar mesti rasa macam nak makan jajan/biskut kan.. nak mengunyah... Ala.. saya tahu biasanya begitu. Dulu pun saya bekerja juga.. Ganti snek terproses tersebut dengan air kosong atau makanan tinggi fiber. Timun Jepun buat snek pun ok. Dalam timun tu pun ada air. 

Untuk snek antara waktu ini, anda boleh cari resipi 'paleo foods', 'paleo snack' di internet. Kenapa paleo? Kerana prosesnya mudah dan tidak terlalu kompleks. Kalorinya rendah dan hanya menggunakan bahan alami. Jika ada masa saya akan kongsikan resipinya kemudian insyaAllah. 

Antara contoh Paleo Snack. Rujukan : LiveStrong
Sebenarnya isyarat 'lapar' mungkin bukan lapar. Tapi boleh jadi haus.

Kalau memang kuat semangat, beli terus botol air yang lebih besar. Botol air suami saya 1.5 liter sahaja. Tapi dia rajin isi semula. Dia juga rajin membawa teh hijau ke pejabat.

Sebenarnya kedua-dua ini bagus kalau mahu menurunkan berat badan. Dan mahu muka yang bersih/flawless juga. Penggalak metabolisma. Jangan pula dicampur dengan gula. Gula adalah musuh terbesar untuk orang yang ingin menurunkan berat badan.

Ada kajian mengatakan bahawa punca obesiti adalah dari gula. Bila kandungan gula berlebihan, badan akan menghasilkan lebih hormon insulin. Insulin ini bertujuan untuk menyingkarkan gula dari dalam darah supaya jadi stabil. Cara dia singkir tu adalah dengan tukarkan gula kepada lemak. 

Kalau berlebihan, ia akan terkumpul.. Bila lama terkumpul, boleh menjadi obese & pelbagai penyakit kronik boleh menghinggapi tubuh seperti kencing manis. 

Tips minum air banyak ni bukan hanya sesuai untuk yang mahu kurus sahaja. Perlu diamalkan untuk orang yang BMI normal gak, mak-mak yang menyusukan atau pesakit-pesakit yang banyak ambil ubat-ubatan.

Friday, February 17, 2017

Perjalanan & Kejayaan Menurunkan Berat Badan Tanpa Perlu Berlapar, Tanpa Supplemen, Tanpa Ubat Kurus

Bismillah.

96.8 kg vs 75 kg
Sesiapa yang mengenali kami di Facebook sudah pasti tahu bahawa dalam FB saya ada satu album khas berkongsi tentang perjalanan menurunkan berat badan suami saya. 

Tarikh permulaan program penurunan berat badan suami saya bermula pada 24 Ogos 2015. Dengan berat 96.8 kg. Terkini beratnya 75 kg. Tanpa suplemen, tanpa ubat kurus. 

Hanya dengan 80% kawalan pemakanan, 20% lagi dengan senaman. 6 bulan pertama fokus kepada penurunan berat sahaja. Selepas 6 bulan perlahan-lahan beliau bersenam. Kebetulan syarikat tempat beliau bekerja membuat satu program JomSihatWHB dengan kerjasama coach anak didik Kevin Zahari. Sejak itu, beliau sangat menggemari Tabata & Circuit Training.

Kenapa dia tidak terus melakukan senaman dan hanya melakukan senaman secara perlahan-lahan pada permulaan? Ini kerana orang yang biasa bekerja kurang bersenam, jantung mereka tidak dibiasakan dengan aktiviti lasak. Jadi peringkat permulaan, go slow, supaya jantung boleh adapt dengan rutin baru.

Tapi saya kena cerita juga dulu masa dia tingkatan 5, dia mengalami masalah serupa. Dan berjaya turun juga. Lebih kurang sama tempohnya penurunan berat dia ketika itu. Bermula dengan berat 90++ kg, dan sebelum berkahwin beratnya hanya 62 kg! Bayangkan berapa banyak tahun tidak peduli tentang berat badan sendiri, tentang kesihatan. Tidak mengawal apa yang diambil, semua pun makan.

Pada ketika program JomSihatWhb dilancarkan pada bulan 12 2015, beratnya ketika itu 82.3 kg, visceral fat 14, metabolism age 50! Program tersebut dibuat selama 6 minggu. Beratnya ketika menamatkan program adalah 76.8 kg, visceral fat 12, metabolism age 39. 

Bersama Mu'az, anak ke-4 kami
Menjadi pemenang dan menerima hadiah band/watch Suunto dari syarikat. Kemudian atas sebab tertentu terpaksa dijual. Tidak lama kemudian Allah gantikan semula bila saya cecah Silver-in-6 bila saya menerima FitBit Charge HR bertulisan Young Living bersaiz L. Dah tentulah saya tak muat pakai, saya hadiahkan pada beliau. Fitbit Charge HR ini disambung terus kepada e-mail saya. Berapa ribu langkah dia berjalan sehari, kondisi jantung, dll semua saya ketahui melalui e-mail terus. 


Berikut beberapa tips yang boleh dikongsikan :-


1. Kami tak pernah kira kalori, tak pernah install app dia.

2. Banyakkan pembacaan. Fahamkan apa yang nak dibuat, apa yang tak boleh buat, apa yang tak sesuai makan, kenapa kena elak makanan tertentu. Kami baca semua jenis diet yang ada dan sesuaikan dengan plan diet kami. Jika anda mengikuti diet tertentu, sampai satu tahap anda perlu mengubah diet anda mengikut kesesuaian badan anda sendiri. 

3. Sokongan. Ketika permulaan perjalanan menurunkan berat badan ini, kami mengumpul beberapa orang ahli keluarga yang bersetuju untuk menurunkan berat badan

4. Kenali makanan sekitar. Sumber semulajadi tetap terbaik walau kalorinya tinggi. Cari yang organik. Bukan makanan terproses. Sebaik-baiknya yang dipilih dan dimasak sendiri. Teliti masa baca label. Kalau bahan yang dimasukkan ke dalam satu-satu produk itu tidak dikenali, jangan ambil.

5. Tuan badan perlu mempunyai keazaman yang tinggi. Sekali pun pasangan menyokong akan tetapi jika tidak timbul kesedaran sendiri bahawa menurunkan berat badan bukan sekadar untuk bergaya dan kelihatan cantik atau segak, ia lebih dari itu. WAJIB sihat untuk terus berbakti pada agama, bangsa dan negara. Lagi sihat lagi banyak memberi. 

Terkini beratnya tetap pada 73-75 kg. Ukur lilit pinggang dari 40 turun ke 30!

Asyik cerita tentang suami, bagaimana pula dengan saya?

Baru-baru ini saya menimbang berat badan, berat saya bagi wanita lingkungan 35-40 tahun adalah ideal. Cuma visceral fat sudah mencecah 12. Masih dalam lingkungan yang normal. Namun saya merasakan perlu turunkan sedikit visceral fat tersebut sebelum dia terus mencecah 13. Pembahagian menu saya tetap 1/4 bijian, 1/4 protin, 1/4 sayur, 1/4 buah atau 1/2 sayur sahaja/buah sahaja .
Pembahagian makanan cara saya

Terdahulu kami mempunyai 2 set diet yang berbeza di rumah ini. Satu set - untuk turunkan dengan lebih banyak. Satu set sebagai fasa penyelenggaraan. Yang pasti walau berbeza, menu kena sihat dan berkhasiat. 

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau mahukan panduan lebih terperinci tentang menurunkan berat badan, anda bolehlah menghubungi Encik Mohd Noor Adha di +60163408234. Dia bukanlah certified trainer tapi dia adalah testimoni bergerak bahawa tidak mustahil langsung untuk lelaki yang sudah berkahwin untuk menurunkan berat badan tanpa perlu berlapar, tanpa supplemen, tanpa ubat kurus! Tiada alasan tiada masa. Tidak mustahil









Thursday, February 16, 2017

Cerita Adam Tahun 2006 & 3rd Hand Smoker

Bismillah.

Kadang-kadang kita tertanya-tanya kenapa begitu ramai kes kanak-kanak yang pneumonia, bronchitis, jangkitan peparu, dll di Malaysia ini. Adakalanya macam bermusim.

Adam sendiri pernah kena di usia 9 bulan. Batuk, berkahak. Pneumonia. Ditahan di hospital. Kena neb. Doktor tanya latar belakang sejarah keluarga. Ya ada yang pernah asthma/lelah di usia kanak-kanak dalam keluarga kami.

Itu kali pertama dan terakhir dia ditahan di hospital atas sebab itu.

Tahun itu tahun 2006. Langsung berderetlah ubat-ubatan diberi. Ventolin tak tinggal. Sehinggalah terjadi satu ketika di bulan Februari 2007. Kami terlupa bawa ubat. Ketika itu kami di Cameron Highland. Dadanya dah semput, nafas sangkut-sangkut. Tapi tak teruk sangat. Tawakal tak ke klinik dan hospital di CH. Bila bawa turun dia dah baik. Baiknya hinggalah sekarang alhamdulillah.

Selepas kali pertama dia dimasukkan ke wad, kemudian dibenarkan keluar, saya terus mencari maklumat untuk mengelak kejadian berulang. Saya dapati berenang boleh membantu dalam kes dia. Pada akhirnya setiap kali hujung minggu kami akan membawanya mandi sungai, kolam dan mana-mana tempat yang ada air. Sehinggalah dia pandai berenang sendiri tanpa ke kelas dan sehinggalah juga tiada lagi kejadian dada turun naik lagi. 

Kalau ditengok pada badannya yang kecil itu macam tak padan pula dia masuk Kelab Sukan Ragbi jika diingat tentang peristiwa tahun 2006 dan 2007. Tapi itulah, dah bertahun dia masuk kelab tersebut. Dan merupakan anak yang aktif dan sihat, alhamdulillah.

Semalam saya terbaca artikel tentang 3rd hand smoker. 3rd hand smoker ini orang yang tidak merokok, tidak juga berhampiran dengan orang yang merokok akan tetapi asap rokok yang ditinggalkan di sofa, di langsir, di rambut dan di mana-mana tempat awam tu, tetap boleh dihidu oleh kita semua. Sama bahayanya sahaja dengan 1st & 2nd hand smoker. 

Ini kebarangkalian besar kenapa anak-anak kecil zaman ini mudah mendapat pneumonia, bronchitis, jangkitan peparu, dll. Anak-anak kecil sedari dalam hari berpantang dibawa keluar dan terdedah kepada persekitaran yang tak sihat. Atau jika tak keluar rumah sekali pun, ada di kalangan dewasa yang merokok atau tidak merokok tetapi membawa 'asap rokok' pada mereka yang menziarahi rumah tersebut. Wallahu'alam.



Perokok Pasif dan Perokok Ketiga menanggung bahaya yang lebih dahsyat berbanding Perokok Aktif kerana:
  • Mereka menyedut lebih banyak toksin dalam asap yang terbebas daripada pembakaran rokok. Di dalam kebanyakkan rokok, terdapat penapis yang menghalang perokok aktif daripada menyedut toksin tertentu.
  • Mereka menyedut asap sisa pembakaran hujung rokok yang mempunyai kandungan agen penyebab kanser (carcinogens) yang lebih tinggi.
  • Asap rokok yang dihembus oleh perokok aktif mempunyai partikel yang lebih halus daripada yang terkandung dalam asap rokok yang disedut oleh perokok aktif. Partikel halus ini lebih mudah diserap ke dalam paru-paru, permukaan kulit dan salur darah.

Mengapakah kanak-kanak kecil lebih berisiko untuk mendapat penyakit akibat ‘Asap Ketiga’?

  • Sistem pernafasan dan sistem imuniti mereka belum matang sepenuhnya.
  • Kanak-kanak kecil lebih berkemungkinan untuk menyedut, menelan dan menyerap melalui kulit sisa-sisa partikel beracun ini semasa mereka meniarap, merangkak atau memasukkan tangan ke dalam mulut.
  • Mereka tidak dapat membuat pilihan atau menyuarakan keengganan mereka untuk tidak berada di kawasan yang tercemar dengan asap rokok atau menolak untuk berada dengan individu yang merokok / dicemari asap rokok. Lebih malang lagi jika individu yang merokok itu adalah ibu bapa atau penjaga mereka sendiri.

Di manakah kemungkinan berlakunya potensi untuk menjadi “Perokok Ketiga” ?

  • Terdapat individu yang merokok dalam rumah yang kita diami atau di dalam kenderaan yang kita naiki.
  • Bilik-bilik hotel yang kita duduki pernah dicemari dengan asap rokok daripada penghuni sebelum ini.
  • Kenderaan-kenderaan awam / sewa yang telah dicemari dengan asap rokok.
  • Ruang-ruang awam yang tidak menyekat aktiviti merokok di kalangan pengunjungnya.

Sama ada secara sedar atau tidak, KITA SEMUA TELAH DAN SEDANG DIRACUNI dengan asap rokok.
Antara langkah-langkah yang perlu diambil untuk memelihara diri anda dan keluarga daripada menjadi MANGSA sebagai Perokok Ketiga :
a) Tidak membenarkan sesiapa merokok di rumah / dalam kenderaan anda walaupun tingkap dibuka.
b) Memastikan sekolah dan pusat asuhan anak-anak adalah kawasan bebas dari asap rokok.
c) Hanya pergi ke restoran dan kawasan awam yang melarang merokok di tempat awam.
d) Mendidik anak-anak untuk menjauhkan diri daripada orang yang sedang merokok.
e) Menegur individu yang merokok di tempat awam / di kawasan larangan merokok dengan berhemah – Ini kerap berlaku di kedai-kedai makan / kenduri-kendara — Lepas kenyang, terus menyalakan rokok tanpa mengambil kira kehadiran orang lain di sekeliling mereka.

Sumber : Root of Science.

Friday, April 1, 2016

Pati Minyak untuk Meningkatkan Daya Ingat, Kecerdasan Otak & Sistem Imun

Bismillah.

Tercari-cari supplement terbaik untuk anak? Tapi anak susah nak telan pil atau kapsul?


Cubalah pati minyak tumbuhan pula. 100% semulajadi. Tak perlu nak berperang dengan anak paksa makan pil atau kapsul.



Boleh calit-calit, sapu-sapu, urut di tapak kaki, belakang telinga atau di mana yang berkenaan sahaja.



Saya kalau bab anak ni memang particular sikit. Kalau boleh nak yang semulajadi, tanpa perlu melalui proses yang banyak dan tidak pula membebankan buah pinggang mereka. Kalau makan pil dah sahihlah kena paksa minum air pula.



This is a perfect combo for my kids.


Zaid paling suka sekali dengan lemon. Tiap malam jadi wajib calit kat dia, urut tapak kaki dia.


Dia kan masuk tadika lambat. Baru sebulan dah hafal al-Fatihah, surah-surah pendek dan juga beberapa doa.

Tiap hari balik dia MESTI INGAT yang dia ada kerja sekolah tak siap lagi.


Khasiat PATI MINYAK LEMON digunakan untuk:
  •  memperbaiki memori
  •  antiseptik
  •  meningkatkan ketepatan dan keupayaan mental
  • anti-kemurungan
  • membunuh bakteria
  • menguatkan sistem imun

Khasiat PATI MINYAK ROSEMARY digunakan untuk:
  • menguatkan memori
  • membantu menghindari penyakit berjangkit
  • jangkitan sinus 
  • common cold / selsema
  • konsentrasi
  • minda yang jelas
  • sembelit
Khasiat PATI MINYAK THIEVES digunakan untuk:

  • kuman dalam rumah
  • common cold / selsema 
  • sakit tekak
  • gusi berdarah
  • bronchitis / bronkitis
  • jangkitan kaki / panau
  • menguatkan sistem imun



Thieves ni bukan hanya ada dalam bentuk pati minyak, namun ia juga mempunyai koleksi lain seperti sabun, pembersih dalam bentuk semburan dan lain-lain.


Boleh buat ganti yang kebiasaan yang ada dalam rumah.



Untuk info dan konsultasi lanjut:


SMS/Whatsapp Sahaja : +6016-3408234
Email : suealeen@gmail.com

Thursday, March 31, 2016

10 Sebab Kenapa Memilih Pati Minyak Young Living (Essential Oil)


Bismillah.



Kami diperkenalkan dengan pati minyak tumbuhan Young Living oleh kak Sham.


Kak Sham ni sahabat blogger kami, yang juga merupakan ibu kepada 2 anak syurga yang istimewa. 




Dalam circle of friends kami memang ramai ibu-ibu yang senasib.


Malah yang lebih mengujakan dalam circle of friends kami ini, ramai yang telah mencuba pati minyak tumbuhan Young Living ini. Dan alhamdulillah, dapat kesan yang sangat-sangat positif.

Antaranya untuk anak autism, ADHD, CP dan lain-lain.



Pemberian Kak Sham ini merupakan detik permulaan kami bersama YL. Campuran antara minyak serai (lemongrass), lavender, kemenyan (frankincense), pudina (peppermint) dan V6 vegetable oil (carrier oil).


Pada mulanya kami hanya menggunakannya sebagai ganti minyak telon dan minyak urut kepada anak ke-6 kami. 



Alhamdulillah. Positif kesannya bila mana Hannah tidak dijangkit selsema dan batuk abang-abangnya. 

Syafiah si anak istimewa juga tidak dijangkiti. Dia sememangnya tidak pandai buang kahaknya sendiri. Risau. Pernah 2 kali kena batuk dan selsema sampai kena neb. 

Kami hanya sapukan Thieves di bahagian tapak kakinya serta diffuse Thieves setiap malam ketika itu. Anak-anak yang batuk kami titiskan dalam air untuk mereka minum.

Alhamdulillah, tak sampai 2 minggu batuk dan selsema pun tiada.

Kemudian kami memberikan pada anak-anak yang ke sekolah pula. Kesannya - ia mencerdaskan mereka (kalau tidak, sesi sebelah petang di sekolah agama kerap menyebabkan mereka mengantuk). 

Masa mula menggunakan minyak ini pada mereka, mereka sedang menghadapi peperiksaan. Mereka kata rasa segar, tak mengantuk, fokus dan lebih mudah menjawab soalan.

Kami boleh menyenaraikan berpuluh kebaikan dan manfaat pati minyak tumbuhan ini. Ia bukanlah sesuatu yang asing pada amalan nenek moyang kita. 


Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas

Orang-orang tua kita terlebih dahulu menggunakan secara meluas minyak sebagai merawat penyakit. Contohnya seperti minyak kayu putih, minyak bawang, minyak serai wangi, minyak kelapa dara, minyak pati halia dan lain-lain.


Untuk kesemua manfaat dan kebaikan ini, cukuplah kami nyatakan bahawa IA BERKESAN! It really works, alhamdulillah.

Dan lebih istimewa, ia boleh disebarkan melalui diffuser. Bolehlah beraromaterapi di rumah sendiri tanpa perlu ke spa lagi.



Info dan konsultasi lanjut:

SMS/Whatsapp Sahaja : +6016-3408234
Email : suealeen@gmail.com

Monday, July 7, 2014

Islam dan Kesihatan

Bismillah.

Dari perspektif Islam kesihatan dilihat sebagai salah satu rahmat yang paling besar yang telah Allah kurniakan kepada manusia. Kesihatan merupakan satu rahmat terbesar selepas nikmat iman.

Namun begitu, kita sering mengambil mudah atas anugerah Allah yang satu ini. Kita sering mengabaikannya kerana kita sering merasakan bahawa diri kita sudah sedia 'sihat'. Kita sering memberi alasan, "Aku masih muda". 

Pengambilan makanan yang kurang/tidak sihat, tidak halal, tidak suci, sembelihan dan cara menyediakan tidak patuh syariah, memudharatkan, makan secara berlebihan, tidak bersenam (malah tidak bersolat) dan sebagainya. Ini menyumbang kepada tubuh badan yang tidak sihat dan lemah secara lahiriah mahu pun secara batin. Sedangkan orang Mukmin yang kuat lebih baik dan disukai oleh Allah s.w.t daripada Mukmin yang lemah.

Kita perlu bersyukur kepada Allah swt kerana telah menganugerahkan kesihatan yang baik, dan kita sewajarnya mencuba yang terbaik untuk menjaga amanah ini. Allah telah mengamanahkan kepada kita dengan badan kita. Sepertimana kata-kata yang baik, ucapan yang baik, tubuh badan kita juga akan dipertanggungjawabkan ke atas kita untuk menjaganya dan menggunakannya dengan baik.

Sabda Nabi s.a.w dengan maksud: Tidak akan bergeser kedua Kaki Manusia pada Hari Kiamat hingga (ia) ditanya Tentang :
1. tentang Umurnya, untuk apa ia Habiskan?
2. tentang Ilmunya, apa yang telah Dilakukan?
3. tentang Hartanya, dari mana dia Peroleh dan untuk apa ia Belanjakan?
4. tentang Jasadnya, untuk apa ia Gunakan?
(Hadith Riwayat At-Tarmizi)

Pemeliharaan tubuh badan hanya akan diberkatiNya melalui penjagaan kesihatan yang baik. Malah kita juga perlu mengambil langkah untuk mengekalkan dan mempertingkatkannya ke arah kesihatan yang lebih baik.

Dengan penerapan perspektif ini di dalam minda setiap Muslim, kita perlu tindakan yang kondusif terhadap pemeliharaan kesihatan yang baik Hidup yang sihat adalah sebahagian daripada Islam, yang diperkenalkan dengan permulaan Islam lebih dari 14 abad yang lalu. Tambahan pula, al-Quran dan Sunnah menggariskan ajaran yang memberi panduan ke atas setiap Muslim bagaimana untuk melindungi kesihatan dan jalani hidup dalam keadaan bersih lagi suci. Banyak contoh dalam Islam mengarahkan pengikut untuk menjalani kehidupan yang sihat, pilihan diringkaskan di bawah. 


AMALAN IBADAH DAN DOA HARIAN




Salah satu doa harian yang boleh diamalkan untuk mendapatkan kesihatan yang optimum. Terdapat juga dalam al-Mathurat.

Apa-apa faedah kesihatan yang diperolehi daripada sembahyang atau apa-apa ibadah lain (puasa) adalah perkara kedua terpenting selain daripada faktor utama kita bersolat dan membuat ibadah lain itu sendiri. Solat wajib dan solat-solat sunat mempunyai kedua-dua bahagian penting iaitu pergerakan fizikal dan konsentrasi mental. Solat wajib dijalankan lima kali sehari pada masa-masa tertentu dalam sehari iaitu solat Subuh, Zohor. Asar, Maghrib dan Isya'. Melakukan solat wajib menyediakan satu cara yang baik untuk peredaran darah, pernafasan dan melembutkan sendi-sendi. Walaupun secara fizikal ia bukanlah seperti mana-mana senaman yang mencabar, kita maklum bahawa apa juga yang dilakukan dengan sederhana dan konsisten adalah jauh lebih baik daripada senaman yang berlebihan. 


WUDHUK SEBELUM SOLAT DAN MANDI

Sebelum seorang Muslim melakukan solat mereka, mereka mesti berwudhuk yang terdiri daripada membasuh dan menyucikan dengan teliti bahagian tangan, mulut, hidung, muka, lengan (sehingga ke siku) dan kaki (sehingga buku lali). Ini meninggalkan kesan bersih, segar dan bersedia untuk menghadapi Penciptannya. Ajaran Islam juga mengkehendaki penganutnya untuk membersihkan diri dengan air selepas membuang air kecil atau air besar. Satu lagi ibadah yang juga membantu untuk mengekalkan kesihatan yang baik adalah mandi dan membersihkan diri. Ini adalah wajib apabila seseorang itu dalam keadaan selepas berhadas.


DIET DAN PEMAKANAN

Pelbagai ayat-ayat dan teks dalam Islam menggalakkan Muslim makan makanan sihat sihat dan makan secara sederhana. Allah s.w.t menyatakan dengan jelas dalam Al-Quran: 

Surah al-Baqarah [2:168] Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu.
Surah al-Baqarah [2:173] : Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, darah, daging babi dan binatang-binatang yang disembelih tidak kerana Allah maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang dia tidak mengingininya dan tidak pula melampaui batas (pada kadar benda yang dimakan itu), maka tidaklah dia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Diet yang berkhasiat yang sihat juga mesti seimbang. Allah telah memberikan keseimbangan ini melalui ciptaan unsur-unsur di sekeliling kita.

Seperti yang kita tahu, makan berlebihan menyebabkan kemudharatan kepada sistem tubuh badan kita. Banyak penyakit kini berkaitan dengan tabiat makan yang tidak terkawal seperti, kencing manis, penyakit vaskular, strok, serangan jantung dan lain-lain. Telah dinyatakan bahawa 'perut adalah rumah penyakit'. Islam mengajar kita untuk makan secara sederhana.

Surah Taha [20:81] : Serta Kami katakan: Makanlah dari benda-benda yang baik yang Kami kurniakan kepada kamu dan janganlah kamu melampaui batas padanya, kerana dengan yang demikian kamu akan ditimpa kemurkaanKu dan sesiapa yang ditimpa kemurkaanKu, maka sesungguhnya binasalah ia.

Perbuatan memuaskan perut dengan makan secara berlebihan dan membazir dinyatakan lagi dalam hadith Rasulullah s.a.w. dengan maksud:

“Tidak ada bekas yang diisikan oleh anak Adam yang lebih keji daripada perut. Cukuplah bagi anak Adam dengan beberapa suapan yang membetulkan tulang belakangnya. Dan sekiranya ia terpaksa melakukannya juga maka satu pertiga untuk makanannya, satu pertiga untuk minumannya dan satu pertiga untuk nafasnya”.
(Hadith riwayat Tarmizi, Imam Ahmad, Ibn Majah dan an-Nasai)

Berkenaan dengan hadith di atas, Ibn Qaiyim al-Jauziyah telah menjelaskan di dalam kitab At-Tib an-Nabawi, “Sesungguhnya perut apabila dipenuhi dengan makanan menyempitkan ruang untuk minuman dan sekiranya perut itu dipenuhi oleh minuman, ia menyempitkan ruang untuk nafas dan ketika itu ia terdedah kepada kesakitan dan keletihan. Keadaan seperti ini tidah ubah seperti seorang yang terpaksa memikul barang yang berat dan kesannya menyebabkan kerosakan hati dan mendatangkan kemalasan beribadah. Selain itu, nafsu syahwat berkobar-kobar dan inilah yang sering berlaku apabila kekenyangan menyerang seseorang. Dan sekiranya keadaan ini berterusan, ia sudah tentu memudaratkan, tetapi jika hanya sekali-sekala dibolehkan.


PUASA

Berpuasa di bulan Ramadan dari terbit fajar (subuh) hingga terbenam matahari (maghrib), dilakukan untuk mendapatkan keredhaan Allah dan untuk mengamalkan kawalan diri dan menahan diri dalam semua aspek kehidupan. Dengan kebiasaan ini diharap agar keadaan ini dapat diteruskan selepas bulan Ramadan. Berpuasa di bulan Ramadan adalah masa yang sesuai untuk membuang kekotoran dan toksik dalam badan.

Al-Baqarah [2:183] : Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa.

Puasa dalam Islam bukan seperti diet mendadak (crash diet), di mana ia adalah mencukupi dalam pengambilan kalori dan tidak melibatkan pemakanan tidak seimbang. Semua makanan adalah dibenarkan untuk dimakan secara sederhana, diwaktu yang dibenarkan syarak iaitu selepas berbuka puasa. Banyak makanan yang diproses yang kita makan mengandungi bahan kimia yang berlebihan disimpan oleh badan kita sebagai toksin dalam sel-sel. Puasa boleh membantu badan kita untuk membersihkan toksin sementara juga membolehkan badan dan sistem pencernaan untuk berehat. Penyelidikan telah menunjukkan bahawa puasa boleh menurunkan paras gula darah dan kolesterol. 


LARANGAN ARAK, DADAH ATAU PERKARA MEMUDHARATKAN

Islam dengan tegas melarang meminum arak dan mengambil ubat-ubatan berunsur dadah untuk sebab yang baik. Memang ia memberi kelegaan dalam tempoh yang singkat. Namun begitu memberi mudharat dalam tempoh yang panjang seperti menyebabkan kerosakan minda, tubuh badan dan struktur sosial masyarakat. Termasuk dalam perkara merosakkan tubuh badan adalah merokok. Sekiranya kita berpegang teguh ke atas apa yang telah disarankan oleh al-Quran dan hadith nescaya kita berubah kepada kehidupan yang lebih sihat dan baik. Allah mengatakan dalam al-Quran: 

Al-Maidah [5:90] : Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatansyaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.

Salam sayang,
Sue Aleen

Facebook : Sue Aleen (inbox)
SMS/Whatsapp : +6011-23203480
Email : suealeen@gmail.com