Showing posts with label Young Living. Show all posts
Showing posts with label Young Living. Show all posts

Wednesday, February 15, 2017

Kebersihan, Penjagaan & Bagaimana Minyak Pati Membantu Menyahbau Haiwan Peliharaan


Bismillah.



Dalam riwayat Abu Daud diceritakan dari Kabsyah binti Ka'ab bin Malik (dia adalah isteri dari anak Abu Qotadah). Wanita ini mengatakan bahawa Abu Qotadah pernah masuk ke rumah, lalu dituangkanlah air wudhu' padanya. Kemudian tiba-tiba datanglah kucing. Bejana air wudhu lantas disengetkan, lalu kucing itu minum dari bejana tersebut. Abu Qotadah pun melihat wanita tadi berasa hairan padanya. Abu Qotadah mengatakan, "Apakah engkau hairan (dengan tingkahku), wahai anak saudaraku?" Wanita itu lantas menjawab, "Iya"  Setelah itu Abu Qotadah menyebutkan hadith dari Rasulullah. Rasulullah s.a.w. bersabda:
 "Kucing ini tidak najis. Sesungguhnya kucing merupakan haiwan yang sering kita jumpai dan berada di sekeliling kita." 
(HR. At Tirmidzi, Abu Dawud, An Nasa'i, Ibnu Majah, Ad Darimi, Ahmad, Malik. Shaikh Al Albani dalam Irwa'ul Gholil no.173 mengatakan bahawa haditt ini sahih).


Kucing adalah haiwan yang secara semula jadi bersih, pertama belajar daripada ibu mereka bagaimana untuk menjaga diri mereka. Selepas enam minggu, menjaga kebersihan diri sendiri. 



Walaupun kucing kebanyakannya mampu menjaga kebersihan mereka, namun manusia memainkan peranan penting untuk mereka tinggal dalam keadaan yang bersih dan sihat.

Kucing sangat-sangat mementingkan kebersihan. Malah ia mengambil masa 3 jam untuk 'grooming' (membersih bulu) sendiri.

Kucing akan sering melakukan aksi yang luarbiasa untuk membersihkan diri sendiri. Meliuk-liuk tubuh badannya. Semasa membersihkan bulu sendiri, lidah mereka yang kasar akan merangsang rembesan kalenjar sebaceous untuk melindungi bulu mereka dari terkena air. Jika ada tempat yang tidak boleh dicapai, mereka akan menggunakan 'paw' (tapak kaki) mereka untuk membersihkan kawasan tersebut.

Tidak hairanlah ibu kepada anak-anak bulu, yang kami namakan sebagai Orkid, di rumah ini seringkali menggunakan paw untuk membersihkan kawasan di bawah dagunya.
Walau kucing boleh membersihkan diri sendiri, kita juga berperanan membersihkan mereka dengan membantu menyikat bulu mereka bagi mencegah kekusutan dan hairball. Ia juga membuatkan kita lebih rapat dengan mereka.

Mata dan telinga kucing sangat sensitif. Sentiasa bersihkan bahagian matanya yang kadangkala kotor. Namun telinganya biarkan. Jika mahu dibersihkan bawa ke pakar veterinar.

Pastikan bekas bahan buangan kucing sentiasa mempunyai pasir yang mencukupi. Bersihkan dan tukar pasirnya sekurang-kurangnya sekali seminggu. Basuh dan bersihkan bekasnya dan biarkan kering seketika sebelum digunakan semula.

Kucing secara semulajadi mencari tempat yang tenang untuk membuang air kecil dan air besar. Mereka lebih suka kawasan yang tenang di rumah di mana mereka boleh menggunakan bekas bahan buangan mereka secara peribadi. Jauhkan dari tempat makanan mereka.

Kucing juga amat mementingkan kebersihan bekas makanan dan minuman mereka. Jika tidak bersih, mereka menolak untuk makan atau minum. 

Bagi ruang tidur kucing pula, mereka juga ada tempat pilihan mereka sendiri. Ada yang suka tempat yang hangat, ada pula yang mahu tidur di tempat yang mempunyai pendingin hawa!


BUSUKNYA BAU!

Ada orang kata bau rumah yang ada kucing busuk? Benarkah? Tidak sama sekali jika aspek kebersihan diutamakan. Latihan untuk kucing membuang di tempat yang sepatutnya amat perlu sekali.


Kami menjaga 7 ekor kucing kesemuanya. 4 jantan dan 3 betina. Bukanlah nak bela sangat tapi si induknya, Orkid, datang seolah minta perlindungan ketika dia bunting kali pertama. Dia bertuan. Tuannya seringkali datang mengambilnya di rumah, dan mengurungnya di dalam sangkar. Seringkali ditukar bekas makanannya dia melompat keluar dan lari dengan pantas ke rumah kami. Akhirnya tuan asalnya menghadiahkan Orkid kepada kami.


Minyak Pati Boleh Digunakan Untuk Menyahbau Haiwan Peliharaan

Ini rutin yang kami lakukan tiap hari:


1. Pagi & petang - pasang diffuser di dua tempat. Pilihan kami - Purification dan Joy.

2. Ketika diffuser dipasang pastikan ada ruang untuk kucing meloloskan diri. Jika dia tak suka, dia akan keluar dan tidak akan berada di kawasan tersebut. Namun seringkali pemilihan minyak pati mudah dilakukan kerana mereka sendiri akan menghidu dan menggesel botol atau beg yang mengandungi minyak pati jika mereka suka akan baunya.


3. Pastikan minyak yang dipilih adalah sesuai. Elakkan menggunakan minyak pati yang tinggi kandungan Phenols seperti Oregano dan Thymes kerana ia membebankan hati mereka bagi proses nyahtoksin.

4. Untuk haiwan yang kadangkala terbabas membuang di tempat yang tidak sepatutnya, buat semburan DIY. Semburan DIY ini boleh menggunakan Household Thieves Cleaner + lemon + eucalyptus. Atau boleh gunakan Thieves spray. Sembur di kawasan berkenaan. Jika tidak menggunakan alat semburan, boleh menggunakan bebola kapas, titiskan lemon + eucalyptus di atasnya dan letakkan di kawasan yang sering disinggahi oleh kucing yang terbabas membuang ini tadi.


Hasilnya kami seringkali mendapat kata-kata begini, "Macam tak bela kucing pun". Alhamdulillah.

Selamat mencuba!

Tuesday, February 14, 2017

Cerita Zaid : Semangat Buat Kerja Sekolah


Bismillah.

Kebiasaannya saya mengambil anak saya si Zaid di sekolahnya pada pukul 12.30 tengahari. Masuk dalam kereta dia cakap, "Zaid ada kerja sekolah".

Masuk dalam rumah terus bukak beg sekolah.

"Zaid nak ikut hantar abang pergi sekolah tak?"

"Tak nak. Nak siapkan kerja ni"

Balik rumah tengok abih siap dah kerja sekolah dia. Siap tukar baju. Buku dia dah letak balik dalam beg.

Waktu gini dia dah tido.

Nama penuhnya Muhammad Zaid. Usia 6 tahun. Masuk tadika lambat dan dalam keadaan tidak tahu membaca. Saya antara ibu yang membiarkan anak membesar ikut tahap dan tidak terlalu rigid si anak mesti pandai membaca (contohnya) di usia 4-5 tahun.

Tahun lepas penilaian akhir tahun dia dapat tempat ke-4. Masa persembahan bercerita yakin je cerita tentang Nabi Yunus. 

Pagi-pagi dia sendiri minta eo Magnify Your Purpose, Believe. Lemon bff dia. Ini bukanlah juga satu kemestian buat Zaid. Kami memberikan eo pada abang dan kakaknya. Namun, dia sendiri memintanya apabila ia menjadi rutin harian kami pada waktu sebelah pagi.

Pusar 2. Panjang akal orang kata. Bila dia buat 'hal', saya akan memanggilnya Muhammad. Kalau panggil Zaid makin menjadi-jadi maklum la maksudnya "pertambahan".

Tapi selalunya yang perasan namanya Muhammad ada si Muaz. Adik Zaid. Anak ke-5 kami. Dia yang selalu menyahut. 

Oh ya bercerita perihal anak. Bagi yang tidak mengenali kami, kami telah berumahtangga selama 13 tahun. Mempunyai 6 orang anak di antara usia 1 hingga 13 tahun. Salah seorang daripada mereka adalah anak istimewa yang kami ceritakan kisahnya di Amazing Syafiah.

Sunday, April 3, 2016

Cara Mendaftar Ahli Young Living Jika Berada Di Dalam dan Juga Luar Malaysia


Bismillah.


Ramai yang berminat untuk tahu harga dan jenis-jenis pati minyak yang ada dalam koleksi Young Living (YL). 

Terbaharu ada yang bertanya dari Liverpool, UK.

Beliau amat berminat dengan produk YL berdasarkan pada testimoni dan juga koleksi YL yang beratus jenis. 

Ada yang jenis pati minyak tunggal, ada yang campuran beberapa jenis pati minyak. Kebiasaannya yang jenis campuran ini adalah lebih mahal harganya. 

Jika di carian internet, YL biasanya akan naik paling atas disebabkan ramai berkongsi cara menggunakannya juga. Maksudnya manfaatnya untuk apa, malah bagaimanakah ia diambil dari tumbuhan itu sendiri. Berbanding beberapa jenama pesaing yang lain.

Namun, di setiap negara yang membawa masuk produk YL ni, senarai produk dan minyaknya tidak sama. Ada yang berada dalam pasaran Eropah/UK/US/Singapura/Indonesia tidak terdapat dalam pasaran Malaysia.

Untuk menyelesaikan masalah ini, saya meminta beliau menjadi ahli dengan membuat pendaftaran sendiri di atas talian.

Jangan risau. Pendaftaran ini adalah PERCUMA sahaja. Jika tidah membeli pun tidak mendatangkan kesan pada anda. Boleh selidik harga pati minyak YL sendiri.

Cara-caranya adalah seperti di bawah:

1. Pergi ke laman web Young Living (Virtual Office). Skrol ke bahagian bawah.

2. Pilih Negara.


3. Pilih Bahasa.


4. Klik Continue.



5. Satu popped up window akan keluar.


6. Klik Continue lagi. Dan ikutilah langkah-langkah yang seterusnya. Di bahagian PIN no, pilihlah PIN yang mudah untuk diingati.

7. Bila anda telah selesai, anda boleh klik pada Quick Order di mana produk disenaraikan.

Ada senarai:
Personal Care
Starter Kits
Thieves
Kidscents
Essential Oils & Blends
Slique
Nutrition
Accessories
Limited Release Promo
Miscellaneous

Klik dan selidik saja harganya. Jika tak jadi membeli tak mengapa. Jika jadi beli, teruskan Check Out.

Nah! Mudah kan.... Anda terus jadi ahli YL sahaja dan membeli barang secara atas talian. Dari mana-mana sahaja seluruh dunia ini. 

Dan dalam YL ini banyak program ganjaran yang menanti. 

Antara peluang dan ganjaran MENARIK:
1. Pembelian harga ahli yang lebih murah. Serendah 24% dari harga runcit.
2. Ganjaran dan promosi bulanan.
3. Diffuser PERCUMA.
4. Malah PATI MINYAK TUMBUHAN juga PERCUMA.
5. Malah ada ganjaran iPad mini gold juga.

Best tak? Best tak?

Untuk tujuan konsultasi dan maklumat lanjut mengenai produk YL dan pelan ganjaran YL, anda boleh hubungi saya di:

atau

SMS/Whatsapp 0163408234

atau 


Sekian, terima kasih.







Friday, April 1, 2016

Pati Minyak untuk Meningkatkan Daya Ingat, Kecerdasan Otak & Sistem Imun

Bismillah.

Tercari-cari supplement terbaik untuk anak? Tapi anak susah nak telan pil atau kapsul?


Cubalah pati minyak tumbuhan pula. 100% semulajadi. Tak perlu nak berperang dengan anak paksa makan pil atau kapsul.



Boleh calit-calit, sapu-sapu, urut di tapak kaki, belakang telinga atau di mana yang berkenaan sahaja.



Saya kalau bab anak ni memang particular sikit. Kalau boleh nak yang semulajadi, tanpa perlu melalui proses yang banyak dan tidak pula membebankan buah pinggang mereka. Kalau makan pil dah sahihlah kena paksa minum air pula.



This is a perfect combo for my kids.


Zaid paling suka sekali dengan lemon. Tiap malam jadi wajib calit kat dia, urut tapak kaki dia.


Dia kan masuk tadika lambat. Baru sebulan dah hafal al-Fatihah, surah-surah pendek dan juga beberapa doa.

Tiap hari balik dia MESTI INGAT yang dia ada kerja sekolah tak siap lagi.


Khasiat PATI MINYAK LEMON digunakan untuk:
  •  memperbaiki memori
  •  antiseptik
  •  meningkatkan ketepatan dan keupayaan mental
  • anti-kemurungan
  • membunuh bakteria
  • menguatkan sistem imun

Khasiat PATI MINYAK ROSEMARY digunakan untuk:
  • menguatkan memori
  • membantu menghindari penyakit berjangkit
  • jangkitan sinus 
  • common cold / selsema
  • konsentrasi
  • minda yang jelas
  • sembelit
Khasiat PATI MINYAK THIEVES digunakan untuk:

  • kuman dalam rumah
  • common cold / selsema 
  • sakit tekak
  • gusi berdarah
  • bronchitis / bronkitis
  • jangkitan kaki / panau
  • menguatkan sistem imun



Thieves ni bukan hanya ada dalam bentuk pati minyak, namun ia juga mempunyai koleksi lain seperti sabun, pembersih dalam bentuk semburan dan lain-lain.


Boleh buat ganti yang kebiasaan yang ada dalam rumah.



Untuk info dan konsultasi lanjut:


SMS/Whatsapp Sahaja : +6016-3408234
Email : suealeen@gmail.com

Thursday, March 31, 2016

10 Sebab Kenapa Memilih Pati Minyak Young Living (Essential Oil)


Bismillah.



Kami diperkenalkan dengan pati minyak tumbuhan Young Living oleh kak Sham.


Kak Sham ni sahabat blogger kami, yang juga merupakan ibu kepada 2 anak syurga yang istimewa. 




Dalam circle of friends kami memang ramai ibu-ibu yang senasib.


Malah yang lebih mengujakan dalam circle of friends kami ini, ramai yang telah mencuba pati minyak tumbuhan Young Living ini. Dan alhamdulillah, dapat kesan yang sangat-sangat positif.

Antaranya untuk anak autism, ADHD, CP dan lain-lain.



Pemberian Kak Sham ini merupakan detik permulaan kami bersama YL. Campuran antara minyak serai (lemongrass), lavender, kemenyan (frankincense), pudina (peppermint) dan V6 vegetable oil (carrier oil).


Pada mulanya kami hanya menggunakannya sebagai ganti minyak telon dan minyak urut kepada anak ke-6 kami. 



Alhamdulillah. Positif kesannya bila mana Hannah tidak dijangkit selsema dan batuk abang-abangnya. 

Syafiah si anak istimewa juga tidak dijangkiti. Dia sememangnya tidak pandai buang kahaknya sendiri. Risau. Pernah 2 kali kena batuk dan selsema sampai kena neb. 

Kami hanya sapukan Thieves di bahagian tapak kakinya serta diffuse Thieves setiap malam ketika itu. Anak-anak yang batuk kami titiskan dalam air untuk mereka minum.

Alhamdulillah, tak sampai 2 minggu batuk dan selsema pun tiada.

Kemudian kami memberikan pada anak-anak yang ke sekolah pula. Kesannya - ia mencerdaskan mereka (kalau tidak, sesi sebelah petang di sekolah agama kerap menyebabkan mereka mengantuk). 

Masa mula menggunakan minyak ini pada mereka, mereka sedang menghadapi peperiksaan. Mereka kata rasa segar, tak mengantuk, fokus dan lebih mudah menjawab soalan.

Kami boleh menyenaraikan berpuluh kebaikan dan manfaat pati minyak tumbuhan ini. Ia bukanlah sesuatu yang asing pada amalan nenek moyang kita. 


Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas

Orang-orang tua kita terlebih dahulu menggunakan secara meluas minyak sebagai merawat penyakit. Contohnya seperti minyak kayu putih, minyak bawang, minyak serai wangi, minyak kelapa dara, minyak pati halia dan lain-lain.


Untuk kesemua manfaat dan kebaikan ini, cukuplah kami nyatakan bahawa IA BERKESAN! It really works, alhamdulillah.

Dan lebih istimewa, ia boleh disebarkan melalui diffuser. Bolehlah beraromaterapi di rumah sendiri tanpa perlu ke spa lagi.



Info dan konsultasi lanjut:

SMS/Whatsapp Sahaja : +6016-3408234
Email : suealeen@gmail.com