Sunday, February 12, 2017

Kembali Beraksi Di Blog Hola-Oil


Bismillah.

Saya kembali ke blog! Sayang sebenarnya saya banyak bercerita tentang penggunaan minyak pati ini di Facebook saya. Memanglah settingnya public tapi capaiannya tidak seluas menulis sesuatu di blog/web.

Saya berharap dengan sedikit ilmu dan pengalaman yang saya ada ini dapatlah kiranya saya kongsikan dengan semua di luar yang sedang mencari alternatif kepada perubatan moden.

Minyak pati atau essential oil bukanlah perkara baru. Dah berkurun digunapakai oleh orang terdahulu. Malah generasi terawal kita juga banyak menggunakan minyak yang berasal dari pokok-pokok (bunga, daun, buah, batang, dll) dalam menangani isu harian.

Ingin dinyatakan di sini bahawa minyak pati bukanlah pengganti kepada perubatan moden. Kami tak mendiagnos penyakit. Jika anda sakit, silalah lakukan pemeriksaan kesihatan terlebih dahulu. Sewajarnya perubatan moden dan alternatif perlu digunapakai sewajarnya dan seiring. Bukan ditinggalkan terus salah satu daripadanya.

Catatan di sini juga adalah secara am. Tentang kehidupan kami sehari-hari, tentang salah satu cara hidup ke arah lebih baik, ke arah lebih sihat. Moga dengan kesihatan yang baik kita akan dapat berbakti dan memberi manfaat kepada agama, negara dan ummat dunia secara keseluruhannya dengan cara kita sendiri. 

Mudahan Allah setuju, insyaAllah.


Untuk tujuan konsultasi dan maklumat lanjut mengenai produk YL dan pelan ganjaran YL, anda boleh hubungi saya di:

atau

SMS/Whatsapp +601123203480

atau 




Sekian, terima kasih.









No comments: