Sunday, February 19, 2017

Pengawalan Berat Badan : Tips Minum Air Kosong Mengikut Berat Yang Sesuai


Bismillah.

Berapa banyak air yang sepatut kita minum setiap hari?

Setiap hari kita kehilangan air melalui nafas, peluh, air kencing dan pergerakan usus. Untuk membolehkan badan kita terus berfungsi dengan betul, kita perlu mengimbangkan bekalan air kita dengan memakan makanan dan minuman yang mengandungi air.

Dr Robert Young, seorang pengarang buku-buku perubatan alternatif yang menggalakkan pemakanan alkali, mencadangkan bahawa kita harus minum 1 liter air untuk setiap berat badan 50lb atau 22.7kg. Beliau mengkhususkan bahawa air di sini tidak termasuk kopi atau minuman ringan.

Makna kata air kosong sahaja. 

Masa suami saya bermula dengan program diet, beratnya 96.8 kg, maka air kosong yang sesuai untuk berat badannya adalah lebih kurang 4.3 liter.

Bagaimanakah untuk anda minum berbotol air sehari?

Ambil pet bottle, contoh macam botol Spritzer 600 ml x 7 = 4.2 l (atau memana botol yang BPA free, DEHP free, botol kaca adalah lebih baik, dll). Isi air kosong. Letak atas meja, di pantry, di ruangan dapur, di tempat kerja. Jika anda berada di tempat kerja, susun sahaja botol berkenaan di atas meja.

Jika rasa 'lapar' minum saja di antara waktu bekerja. Selalunya kalau rasa lapar mesti rasa macam nak makan jajan/biskut kan.. nak mengunyah... Ala.. saya tahu biasanya begitu. Dulu pun saya bekerja juga.. Ganti snek terproses tersebut dengan air kosong atau makanan tinggi fiber. Timun Jepun buat snek pun ok. Dalam timun tu pun ada air. 

Untuk snek antara waktu ini, anda boleh cari resipi 'paleo foods', 'paleo snack' di internet. Kenapa paleo? Kerana prosesnya mudah dan tidak terlalu kompleks. Kalorinya rendah dan hanya menggunakan bahan alami. Jika ada masa saya akan kongsikan resipinya kemudian insyaAllah. 

Antara contoh Paleo Snack. Rujukan : LiveStrong
Sebenarnya isyarat 'lapar' mungkin bukan lapar. Tapi boleh jadi haus.

Kalau memang kuat semangat, beli terus botol air yang lebih besar. Botol air suami saya 1.5 liter sahaja. Tapi dia rajin isi semula. Dia juga rajin membawa teh hijau ke pejabat.

Sebenarnya kedua-dua ini bagus kalau mahu menurunkan berat badan. Dan mahu muka yang bersih/flawless juga. Penggalak metabolisma. Jangan pula dicampur dengan gula. Gula adalah musuh terbesar untuk orang yang ingin menurunkan berat badan.

Ada kajian mengatakan bahawa punca obesiti adalah dari gula. Bila kandungan gula berlebihan, badan akan menghasilkan lebih hormon insulin. Insulin ini bertujuan untuk menyingkarkan gula dari dalam darah supaya jadi stabil. Cara dia singkir tu adalah dengan tukarkan gula kepada lemak. 

Kalau berlebihan, ia akan terkumpul.. Bila lama terkumpul, boleh menjadi obese & pelbagai penyakit kronik boleh menghinggapi tubuh seperti kencing manis. 

Tips minum air banyak ni bukan hanya sesuai untuk yang mahu kurus sahaja. Perlu diamalkan untuk orang yang BMI normal gak, mak-mak yang menyusukan atau pesakit-pesakit yang banyak ambil ubat-ubatan.

No comments: