Bismillah.
96.8 kg vs 75 kg |
Sesiapa yang mengenali kami di Facebook sudah pasti tahu bahawa dalam FB saya ada satu album khas berkongsi tentang perjalanan menurunkan berat badan suami saya.
Tarikh permulaan program penurunan berat badan suami saya bermula pada 24 Ogos 2015. Dengan berat 96.8 kg. Terkini beratnya 75 kg. Tanpa suplemen, tanpa ubat kurus.
Hanya dengan 80% kawalan pemakanan, 20% lagi dengan senaman. 6 bulan pertama fokus kepada penurunan berat sahaja. Selepas 6 bulan perlahan-lahan beliau bersenam. Kebetulan syarikat tempat beliau bekerja membuat satu program JomSihatWHB dengan kerjasama coach anak didik Kevin Zahari. Sejak itu, beliau sangat menggemari Tabata & Circuit Training.
Kenapa dia tidak terus melakukan senaman dan hanya melakukan senaman secara perlahan-lahan pada permulaan? Ini kerana orang yang biasa bekerja kurang bersenam, jantung mereka tidak dibiasakan dengan aktiviti lasak. Jadi peringkat permulaan, go slow, supaya jantung boleh adapt dengan rutin baru.
Tapi saya kena cerita juga dulu masa dia tingkatan 5, dia mengalami masalah serupa. Dan berjaya turun juga. Lebih kurang sama tempohnya penurunan berat dia ketika itu. Bermula dengan berat 90++ kg, dan sebelum berkahwin beratnya hanya 62 kg! Bayangkan berapa banyak tahun tidak peduli tentang berat badan sendiri, tentang kesihatan. Tidak mengawal apa yang diambil, semua pun makan.
Pada ketika program JomSihatWhb dilancarkan pada bulan 12 2015, beratnya ketika itu 82.3 kg, visceral fat 14, metabolism age 50! Program tersebut dibuat selama 6 minggu. Beratnya ketika menamatkan program adalah 76.8 kg, visceral fat 12, metabolism age 39.
Bersama Mu'az, anak ke-4 kami |
Menjadi pemenang dan menerima hadiah band/watch Suunto dari syarikat. Kemudian atas sebab tertentu terpaksa dijual. Tidak lama kemudian Allah gantikan semula bila saya cecah Silver-in-6 bila saya menerima FitBit Charge HR bertulisan Young Living bersaiz L. Dah tentulah saya tak muat pakai, saya hadiahkan pada beliau. Fitbit Charge HR ini disambung terus kepada e-mail saya. Berapa ribu langkah dia berjalan sehari, kondisi jantung, dll semua saya ketahui melalui e-mail terus.
Berikut beberapa tips yang boleh dikongsikan :-
1. Kami tak pernah kira kalori, tak pernah install app dia.
2. Banyakkan pembacaan. Fahamkan apa yang nak dibuat, apa yang tak boleh buat, apa yang tak sesuai makan, kenapa kena elak makanan tertentu. Kami baca semua jenis diet yang ada dan sesuaikan dengan plan diet kami. Jika anda mengikuti diet tertentu, sampai satu tahap anda perlu mengubah diet anda mengikut kesesuaian badan anda sendiri.
3. Sokongan. Ketika permulaan perjalanan menurunkan berat badan ini, kami mengumpul beberapa orang ahli keluarga yang bersetuju untuk menurunkan berat badan
4. Kenali makanan sekitar. Sumber semulajadi tetap terbaik walau kalorinya tinggi. Cari yang organik. Bukan makanan terproses. Sebaik-baiknya yang dipilih dan dimasak sendiri. Teliti masa baca label. Kalau bahan yang dimasukkan ke dalam satu-satu produk itu tidak dikenali, jangan ambil.
5. Tuan badan perlu mempunyai keazaman yang tinggi. Sekali pun pasangan menyokong akan tetapi jika tidak timbul kesedaran sendiri bahawa menurunkan berat badan bukan sekadar untuk bergaya dan kelihatan cantik atau segak, ia lebih dari itu. WAJIB sihat untuk terus berbakti pada agama, bangsa dan negara. Lagi sihat lagi banyak memberi.
5. Tuan badan perlu mempunyai keazaman yang tinggi. Sekali pun pasangan menyokong akan tetapi jika tidak timbul kesedaran sendiri bahawa menurunkan berat badan bukan sekadar untuk bergaya dan kelihatan cantik atau segak, ia lebih dari itu. WAJIB sihat untuk terus berbakti pada agama, bangsa dan negara. Lagi sihat lagi banyak memberi.
Terkini beratnya tetap pada 73-75 kg. Ukur lilit pinggang dari 40 turun ke 30!
Asyik cerita tentang suami, bagaimana pula dengan saya?
Baru-baru ini saya menimbang berat badan, berat saya bagi wanita lingkungan 35-40 tahun adalah ideal. Cuma visceral fat sudah mencecah 12. Masih dalam lingkungan yang normal. Namun saya merasakan perlu turunkan sedikit visceral fat tersebut sebelum dia terus mencecah 13. Pembahagian menu saya tetap 1/4 bijian, 1/4 protin, 1/4 sayur, 1/4 buah atau 1/2 sayur sahaja/buah sahaja .
Pembahagian makanan cara saya |
Terdahulu kami mempunyai 2 set diet yang berbeza di rumah ini. Satu set - untuk turunkan dengan lebih banyak. Satu set sebagai fasa penyelenggaraan. Yang pasti walau berbeza, menu kena sihat dan berkhasiat.
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau mahukan panduan lebih terperinci tentang menurunkan berat badan, anda bolehlah menghubungi Encik Mohd Noor Adha di +60163408234. Dia bukanlah certified trainer tapi dia adalah testimoni bergerak bahawa tidak mustahil langsung untuk lelaki yang sudah berkahwin untuk menurunkan berat badan tanpa perlu berlapar, tanpa supplemen, tanpa ubat kurus! Tiada alasan tiada masa. Tidak mustahil
No comments:
Post a Comment