Bismillah.
Adam & Ayah bersiap-siap untuk ke sekolah dan ke tempat kerja. Rutin pagi mereka memakai minyak seperti Brain Power, Magnify Your Purpose, Believe, Transformation |
Beberapa hari lepas sewaktu di meja makan:
Ibu : "Adam besar nanti nak jadi apa?"
Anak : (senyum) "Ntah la"
Ibu : "Kat sekolah paling minat subjek apa?"
Anak : "Agama"
Ibu : "I think you should proceed with your idea on going to Tahfiz. Sekarang ni pun ada MRSM Ulul Albab" (saya selalu juga menyebut tentang 'asrama' pada anak-anak namun mereka kurang berminat malah Mastura menolak untuk memohon).
Sepanjang saya memasak, dia sering membantu saya di dapur malah dia juga suka memasak |
Dulu dia pernah meminta izin kami untuk benarkan dia ke kelas tahfiz sebelah malam di sebuah masjid tapi kami minta dia berfikir panjang apabila pagi-petang-malam kena belajar. Mungkin nanti dia buat sekerat jalan. Tambah saya tahu dia tiap hari tidur lebih awal pada anak lain.
Malah dia pernah kata nak jadi doktor. Dari keputusan akhir tahun yang lepas, subjek Sains dan Rekabentuk ketara peningkatan, dari D ke A. Subjek agama alhamdulillah dia cemerlang. InsyaAllah boleh monitor dan bentukkan dari situ.
Selepas 2 hari dari perbualan tersebut, keputusan UPKK (Ujian Penilaian Kelas Kafa, soalannya dikeluarkan oleh JAKIM, amat berguna untuk kemasukan ke sekolah/sekolah berasrama yang berasaskan agama) diumumkan. Hari tersebut sekolahnya mempunyai kokurikulum. Dia tidak mengambil keputusannya. Semakan keputusan boleh dibuat melalui sms sahaja. Jadi si ibu telah terlebih dahulu mengetahui keputusan UPKK.
Menitis air mata automatik sahaja. Sujud syukur. Mungkin saja manifestasi kepada kegembiraan yang tak terhingga kerna di saat apa yang kami lalui kini, dengan apa yang pernah kami lalui sepanjang proses Adam bersekolah, Allah tahu saja cara untuk menggembirakan hamba-hambaNya.
Adam ini pernah berada di kelas Linus selama dua tahun. Tahun 1 dia berada di kelas 1 Murni (kelas ke-13). Mungkin asbab keletihan dan juga pernah dibuli semasa darjah 1, jiwanya tidak menjiwai perasaan suka untuk ke sekolah pada awal persekolahannya. Dia juga pernah tertidur sewaktu peperiksaan akhir tahun. Akibatnya semasa darjah 2 dia turun satu kelas, kelas 2 Nurani.
Kami tidak pernah rasa kecil kerana anak kami berada di kelas tersebut. Sebaliknya terbakar jiwa raga untuk melihatnya lebih berjaya. Kerana kami tahu sebahagian proses untuk menjadi orang yang hebat-hebat itu tidak dapat tidak kita perlu untuk GAGAL atau hampir GAGAL. Gagal itu prosesnya.
Bagaimana dengan izin Allah keadaan dari kelas Linus itu berubah, insyaAllah akan saya ceritakan kemudian. InsyaAllah dengan penceritaan itu nanti akan memberi harapan kepada ibu bapa walau anak kita duduk di kelas tercorot, janganlah kita sebagai ibu bapanya berasa rendah diri dan hilang keyakinan kepada anak sendiri. Kena percaya anak kita sangat-sangat istimewa. Dia dilahirkan untuk jadi orang hebat dan perjalanannya tak mungkinlah akan lurus semata-mata.
Baru-baru ini anak saudara saya telah bercerita perihal adik lelakinya sewaktu kecil. Adik lelakinya juga anak kedua sama seperti Adam. Bila ditanya apa cita-cita. Jawapannya tetap tak tahu. Kini adiknya di Kanada menyambung pelajaran dalam bidang Kejuruteraan. Malah mendapat Dean's list pula di sana. Alhamdulillah.
Agaknya itulah anak lelaki. Omputeh kata 'quite reserved'. Wallahu'alam.
Tapi anak ini ada istimewanya yang tersendiri. Hafazan al-Qurannya lebih banyak. Terang hati orang kata. Juga ada satu gesture dia yang agak lain iaitu sangat empati dan rasa lemah lembut pada ahli keluarga. Dia juga tidak pernah melawan. Tengahari tadi ketika makan kuetiau, tanpa air di depan si ibu, dia menyediakan semug air koko panas kegemaran saya tanpa disuruh. Just the way his father treats me, just the way I like it! Alhamdulillah.
2 comments:
Alhamdulillah....semoga Adam terus berjaya dunia dan akhirat...semoga juga Adam menjadi anak yg soleh dan bertaqwa...Aunty doakan ..inshaAllah...
Agree dgn penyataan hg la Sue, dalm perjalanan mencari kejayaan...jangan takut untuk gagal, jgn kita tahan2 jika anak kita perlu berhadapan dgn kegagalan kerana itu salah satu sumber pelajaran dan pengalaman.... cara untuk anak tahu mencari penyelesaian dan mengawal emosi...kita sbg ibu bapa, tanggungjawab kita perlu dan wajib ada diketika mereka jatuh untuk beri sokongan dan semangat utk bangkit.... Khadeja agak terkilan juga dgn result UPKK dia...not so happy eventho' pada aku..result dia still cemerlang ... target dia hanya tergelincir sikit jer... tp xpe lah, moga jd motivasi utk dia bersedia utk PSRA & UPSR dia nnt....
Ila : anak pompuan aku boleh paham kalau dia terkilan sebab depa punya competition sangat stiffed kan. no worries.. PSRA, UPSR ada lagi.. kadang elok gak bawak bebudak ni pi break. walau pun jadual ketat sangat... sian depa.. banyak beban atas bahu depa..
Post a Comment