Bismillah.
Ini adalah merupakan set yang dicadangkan untuk pengurusan tekanan/stress dari Essential Oil Pocket Reference, muka surat 219.
Cadangan disenaraikan dalam susunan paling utama:
Lemon
Orange
Rosemary
Joy
Peace & calming
Tapi bergantung kepada badan juga serta tahap tekanan yang dihadapi. Setiap badan berbeza dan unik. Tekanan perlu ditangani sebaiknya kerana setiap emosi negatif akan memberi kesan kepada organ manusia. Bila kesan ini mencapai kemuncaknya, manusia akan mudah jatuh sakit.
Berbalik kepasa minyak pati tadi, setiap botol tersebut bukan hanya untuk satu isu saja. Boleh digunakan untuk pelbagai isu lain. Jadi jika anda dapat sebotol pun cukuplah untuk anda bersyukur kerana dari yang sebotol tersebut anda boleh dapatkan manfaat yang lain.
Kalau ikutkan set di dalam gambar, kegunaan lain adalah:
Lemon - masalah peredaran darah, obesiti, parasit, UTI, varicose vein, serangan kebimbangan/anxiety, membantu pertingkatkan daya ingatan (ini adalah kegemaran salah seorang anak saya iaitu Zaid. Ada cerita menarik mengenai Lemon & Zaid ini yang akan diceritakan kemudian).
Orange - tekanan darah tinggi, insomnia, garis kedutan.
Rosemary - kehilangan rambut, memori. Kajian saintis Universiti Miami mendapati bahawa menghidu rosemary membantu mengurangkan perasaan berdebar, kewaspadaan dan menguatkan ketelitian mental.
Joy - bermaksud kegembiraan. Saya selalu cadangkan ini untuk siapa yang ada anak kecil. Yang suka berebut barang, yang ada isu macam takut mahu ke sekolah, yang sukar bangun tidur, yang ada isu cemburu dengan adik-beradik, mengurangkan kesedihan dan macam-macam lagi.
Peace & Calming II - Peace & Calming ada 2 versi. Versi I mempunyai Blue Tansy, versi II tiada Blue Tansy namun ada tambahan dan campuran minyak pati yang lain. Kedua-duanya untuk fungsi yang sama, cuma dengan bau yang sedikit berbeza. Kenapa ada 2 versi? Versi I sering juga tiada stok kerana kesukaran mendapatkan Blue Tansy. Stoknya baru saja kembali. Kebiasaannya saya gunakan Peace & Calming untuk meredakan keaktifan anak-anak saya. Mewujudkan rasa mahu santai-santai sahaja dalam perasaan mereka.
Set ini melayakkan anda menjadi ahli secara automatik dengan nilai di bawah RM500. Setiap keahlian, baru, anda akan dapat Basic Starter Kit secara percuma. Di dalamnya ada sebotol Stress Away 5 ml, sampel Slique Oolong Tea, sampel minyak, Slique Bar, kad perniagaan, USB, botol sampel 2 ml. Dengan menjadi ahli, anda layak mendapat harga ahli 24% jauh lebih murah dari belian runcit, layak mendapat point dan produk Young Living boleh ditebus melalui point tersebut. Banyak lagi ganjaran menarik, lanjut anda boleh hubungi saya, Sue di +601123203480.
Ada antara kita yang tidak perasan hidup kita dalam tekanan. Selalu sahaja bila ada tanda/isyarat badan yang berlaku, kita abaikan. Dengar dan sensitif kepada keperluan badan kita, luangkan masa untuk diri dan berilah ganjaran sewajarnya buat diri kita sendiri.
No comments:
Post a Comment