Saturday, February 25, 2017

Minyak Pati : Lemon Essential Oil dan 10 Cara Mudah Menggunakannya

Nama botani : Citrus limon

Keluarga botani : Rutaceae
Cara pengekstrakan : 'Cold-pressed' dari kawasan putih di antara kulit dan isi lemon. 3,000 biji lemon diperlukan untuk menghasilkan 1 kilogram minyak pati lemon.

Peratusan Kandungan Utama:
Limonene (59-73%)
Gamma-Terpinene (6-12%)
Beta-Pinene (7-16%)
Alpha-Pinene (1.5-3%)
Sabinene (1.5--3%)


Lemon telah digunakan secara meluas dalam penjagaan kulit untuk membersihkan kulit, mengurangkan kedutan dan menyahkan jerawat. Kulit lemon bersifat antiseptik, diuretik, perangsang dan pelindung vaskular, serta bervitamin (Arias, et al., 2005). Ia juga digunakan sebagai perisa makanan, untuk pembersihan, memasak, dan untuk merawat skurvi (penyakit disebabkan kurang vitamin C) dan pelbagai penyakit lain.

Aromanya menyegarkan dan mempertingkatkan kejelasan pemikiran dan tujuan. Satu kajian Universiti Mie mendapati bahawa wangian sitrus meningkatkan imuniti, menenangkan dan mengurangkan kemurungan (Komori, et al., 1995).

Antara cara mudah menggunakan Lemon:

  1. Penyegar udara : Letakkan 6 titik minyak Lemon dan 6 titik minyak Purification dalam botol bercampur dengan air suling untuk digunakan di bilik mandi sebagai penyegar udara.
  2. Kesan getah, minyak, tempat bergris dan kesan krayon :  Gunakan 1-2 titik minyak Lemon untuk membuang gula-gula getah, minyak, tompok gris atau krayon.
  3. Vericose Vein / Urat Simpul : Gosok beberapa titik minyak Lemon pada kawasan vericose vein/urat simpul untuk meningkatkan peredaran dan melegakan tekanan pada urat.
  4. Calluses (kulit tebal dan keras di kawasan tisu lembut bahagian kaki, mengeras disebabkan oleh geseran) / Bunions (penonjolan tulang di bahagian ibu jari kaki) / Ketuat : Gosokkan setitik minyak Lemon pada kawasan tersebut pagi dan petang sehingga ia hilang.
  5. Memanjangkan Hayat Buah Segar : Untuk membersihkan dan meningkatkan jangka hayat buah-buahan segar, isi mangkuk dengan air sejuk dan 2-3 titis minyak pati Lemon. Masukkan buah-buahan ke dalam air dan kacau. Pastikan semua permukaan buah terendam dalam air tersebut.
  6. Membersihkan permukaan kaunter dapur : Tambah 2-3 titis minyak pati Lemon ke dalam air, masukkan ke dalam botol semburan dan sembur kaunter untuk menyahkuman.
  7. Tuala dapur : Rendam tuala dapur di dalam semangkuk air dan setitik minyak Lemon untuk membasmi dan membunuh kuman.
  8. Bilik mandi / tandas awam : Gosokkan setitik minyak Lemon di tangan anda selepas menggunakan bilik mandi awam.
  9. Diffuse : Untuk membangkitkan semangat, menyegarkan ruang dan membasmi kuman.
  10. Rutin kecantikan : Tambah ke dalam produk penjagaan kulit untuk mengurangkan kemunculan jerawat, atau sebagai perapi dan mask rambut untuk menjadikan rambut licin & kelihatan lebih berkilat.
AWAS: Minyak Citrus TIDAK boleh digunakan pada kulit yang akan terdedah kepada cahaya matahari langsung atau cahaya ultraungu dalam masa 72 jam.

Lemon telah menjadi antara bahan utama dalam produk Young Living yang berikut:

1) Kebanyakan produk perapian rambut dan kulit. 
2) Produk pembersih Thieves®.
3) Minya Campuran/Blends : Thieves®, Citrus Fresh™, Clarity™, Joy™ and Harmony™.

No comments: